final semester examination begins...

selamat menduduki peperiksaan akhir semester kepada semua kawan2 di UiTM khususnya dan IPTA yang lain amnya...
semoga usaha yg telah dilakukan mendapat berkat daripada Allah SWT dan boleh menjawab exam dengan hati yang tenang...

ALL tHe BeST!!!

konvokesyen UiTM kali ke-71

Konvokesyen UiTM kali ke-71 membuka tirainya pada 15 Oktober 2009 yang lalu..
SPB YDP Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin selaku Canselor UiTM berkenan berangkat menyempurnakan istiadat pembukaan konvokesyen pada kali ini..

saya rasa bertuah kerana suasana konvo dpt dirasai kerana fakulti saya berdekatan dengan Dewan Sri Budiman dan dataran Menara SAAS yang menjadi tumpuan para graduan dan ibubapa yg mnghadiri istiadat konvokesyen. sepanjang tiga tahun sy berada di UiTM, inilah kali pertama istiadat konvo UiTM diadakan pada masa semua mahasiswa masih berada dalam semester, iaitu dalam waktu sesi pembelajaran. jika konvo sebelumnya diadakan pada cuti semester, konvo pada kali ini memberi peluang kepada mahasiswa yg ada utk melihat sndiri betapa seronoknya graduan yg menerima skrol diploma, sarjana muda, sarjana mahupun kedoktoran. betapa gembiranya semua ahli keluarga yg hadir melihat kejayaan yg dicapai oleh graduan tersebut. ada jgk ibubapa yg menitiskan airmata melihat kejayaan anak masing2.
melalui gmbaran ini, dpt sy simpulkan betapa seakan2 pengorbanan yg di curahkan selama ini berbaloi dengan segenggam pengiktirafan yg digenggam ...

hari konvo tidak pernah putus dengan suasana family yg hadir yg terdiri drpd atuk, nenek, pakcik, makcik, kakak, abg, kakak ipar, abg ipar..mcm2 lagi..dan kalau boleh sebolehnya nak bawa semua org utk menunjukkan betapa bertuahnya mereka pada hari itu...namun, kita mesti faham, kita tidak boleh menyekat perasaan gembira mereka ini..biarlah..

dalam pada itu, saya juga berasa tak sabar utk bawa mak abah saya menyaksikan konvokeysen saya nanti..insyaAllah.. kalau tiada aral, konvokesyen kali ke-73 bakal menyaksikan saya menaiki pentas utk menerima skrol ijazah sarjana muda..insyaAllah..doakan saya! dan konvokesyen ke -72 (sesi sebelumnya) pula akan menyaksikan abg saya akan menerima skroll sarjana muda juga.. nampaknya, di dua majlis konvokesyen UiTM akan datang mak abah akan datang utk lihat kami berdua naik pentas..insyaAllah..

kesimpulannya, saya berasa bersemangat bila lihat senior2 bergraduasi.. seakan2 membakar semngat saya utk berusaha dengan lebih gigih lagi utk beroleh kejyaan.. dan saya pon berharap rakan2 yg lain dpt mngmbil iktibar drpd peristiwa ini memandangkan peperiksaan akhir semester akan tiba minggu hadapan..semoga dengan hikmah majlis konvo kali ini diadakan dapat menjadi pendorong kepada kita utk berusaha lebih gigih menuju ke destinasi puncak kejayaan..

TAHNIAH dan syabas semua para graduan...

p/s: tak lupa juga Tahniah buat Kak Mimi (Cik Asmiza Supar) our beloved executive officer (HEP) yg berjaya menggenggam segulung masters di hari pertama sidang konvokesyen 15 Oktober yg lalu..tahniah juga kpd ex-roomate ku, Nik Muammar Bahari, yg menerima Anugerah Pelajaran Tuanku Canselor, satu pengiktirafan tertinggi konvokesyen UiTM. tahniah buat beliau..(bile la nak blanja ak ye nik??!!)..and finally, buat semua seniors yg grad, tahniah juga diucapkan..!!

perancangan, kejayaan dan keberkesanan

alhamdulillah.. majlis rumah terbuka Fakulti Sains Gunaan (FSG) telah berjaya diadakan semalam, 14 Oktober 2009... lega rasanya bila majlis da selesai dan berjaya dilaksanakan sbab pada mulanya banyak rintangan yang melanda..

di kesempatan ini, sekalung tahniah dan syabas kepada semua warga kerja majlis rumah terbuka FSG kerana telah berusaha sehabis baik dalam memastikan kelancaran majlis tersebut..

pastinya ini satu kejayaan yang baik buat semua ahli jawatankuasa kerana buat julung2 kalinya melibatkan kerjasama daripada Gabungan Presiden Persatuan-persatuan Dalaman FSG bagi tahun 2009..

sudah semestinya inilah harapan besar yang saya tintakan dalam manifesto pilihanraya tangal 15 Januari 2009 iaitu saya mahukan satu majlis besar-besaran dilakukan di fakulti Sains Gunaan yang melibatkan kerjasama gabungan semua Presiden-presiden Persatuan Dalaman FSG dan penglibatan seluruh warga FSG. apa tujuannya? supaya satu persepsi yang positif dilemparkan kepada semua persatuan dalaman FSG bahawa mereka tidak lemah dan mempunyai kekuatan dalam memajukan dan membina karakter mahasiswa yang berdaya saing..

sudah semestinya, majlis rumah terbuka yang dianjurkan ini adalah satu platform yg terbaik untuk membuktikan perkara tersebut. Hakikatnya, karnival sains dan teknologi FSG yang dirancang untuk diadakan pada pertengahan September lalu merupakan landasan sebenar untuk menguji kebolehan semua persatuan dalaman FSG dalam merancang dan melaksanakan sesuatu program besar. Namun disebabkan wabak H1N1, program tersebut perlu dibatalkan bagi mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku.

apa yang pasti, saya menyimpulkan majlis yang dianjurkan telah berjaya merealisasikan hasrat yang saya nyatakan di atas...syabas semua persatuan dalaman FSG.
selain itu juga, saya mengharapakan majlis yg dianjurkan semalam berjaya mengeratkan hubungan silaturrahim dan memebri peluang untuk kita bermaafan-maafan di bulan yang mulia ini..

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

salam lebaran..


salam aidifitri kepada semua bloggers..
maaf zahir batin..

rasanya da lama x update blog

sampai raya pon da setengah bulan..haha
tp rasanya x salah mengucapkan selamat hari raya kepada semua..

semoga ibadah puasa yang telah dilakukan di bulan Ramdhan yang lalu mengajar kita supaya menjadi umat yang lebih berdisiplin dan teguh di bawah naunganNya.. dan moga2 hari lebaran kali ni membawa seribu rahmat kepada semua kita umat ISlam

Aidilfitri kali ni disambut serba sederhana..
jom lihat gambar raye..heheh

family..tp kaluarga along xde..raye umah mentua bliau..

mak n abah..sedondon..



budak ini..memang nak kene..!!





Ramadhan datang lagi..

Alhamdulillah...

Ramadhan al-Mubarak menjelma lagi..

Umat Islam di Malaysia akan mula melakukan ibadah puasa Sabtu ini,

1 Ramadhan 1430 (22 Ogos 2009)

semoga semuanya berjalan lancar...

tingkatkan amal ibadah dan juga mencari keredhaan Allah di bulan yang mulia ini...

Selamat Berpuasa!

UiTM remains open

1. the university remains open..refer to the UiTM website for more true as well as latest news

2. hopefully this information will guide us to the true of the story..do not believe to any rumours regarding to UiTM closing

3. just one good news, UiTM will be "closed" from 19th-27th September 2009 due to Hari Raya celebration! yeay..

4. anyhow, please complete the huge duty to Allah first-the ibadah puasa..

5. ok..enjoy study and working to all UiTM students and staffs!

H1N1

1. rasanya da lama saya tak update blog ni.gak bz kebelakangan ini.ditambah pulak dengan "cuti" yang doktor bagi..semua gara-gara wabak penyakit yang kini kian mengganas melanda negara dan dunia

2. saya diberi cuti seminggu untuk kuarantin di rumah..(balik kampung..yeah!) because of Influenze Like Illness (ILI)..thank God one of my lecturer left to US for the whole week during my medical leave..taklah tertinggal banyak lecture!

3. penularan wabak ini memang membahayakan..kita semua dinasihatkan menjaga kesihatan dan kebersihan diri..nak diikutkan banyak kempen telah dilakukan di peringkat nasional.

4. Di UiTM sendiri kempen2 telah, sedang dan akan dilakukan dalam memastikan setiap warganya peka dan faham akan bahaya wabak ini..ini adalah penting kerana setiap manusia berbeza tahap imunitinya..mungkin saya salah seorangnya =)..

5. oleh itu, semua pihak haruslah bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan persekitaran supaya wabak ini dapat dibendung..pemakaian mask bagi mereka yang mempunyai tanda2/simptom di peringkat awal adalah perlu bagi mengelakkan berjangkit kepada org lain..segeralah ke klinik jika terdapat simptom2 tersebut..

6. pihak UiTM khususnya komited dalam membendung wabak ini..kita tak mau ada lagi kematian di Malaysia dan salah seorangnya warga UiTM..nauzubillah! bayangkan sehingga jam post ini dikeluarkan, seramai 59 kematian dilaporkan disbabkan jangkitan wabak selsema babi ini..Allahuakbar..

7. nasihat pada diri saya dan semua warga UiTM khusunya serta keseluruhan rakyat Malaysia amnya, jagalah kebersihan diri, ambil langkah berwaspada dan peka terhadap sekeliling berkenaan wabak H1N1 ini. semoga kita semua berada dalam peliharaan Allah SWT
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 cerita hati aku |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.