perancangan, kejayaan dan keberkesanan

alhamdulillah.. majlis rumah terbuka Fakulti Sains Gunaan (FSG) telah berjaya diadakan semalam, 14 Oktober 2009... lega rasanya bila majlis da selesai dan berjaya dilaksanakan sbab pada mulanya banyak rintangan yang melanda..

di kesempatan ini, sekalung tahniah dan syabas kepada semua warga kerja majlis rumah terbuka FSG kerana telah berusaha sehabis baik dalam memastikan kelancaran majlis tersebut..

pastinya ini satu kejayaan yang baik buat semua ahli jawatankuasa kerana buat julung2 kalinya melibatkan kerjasama daripada Gabungan Presiden Persatuan-persatuan Dalaman FSG bagi tahun 2009..

sudah semestinya inilah harapan besar yang saya tintakan dalam manifesto pilihanraya tangal 15 Januari 2009 iaitu saya mahukan satu majlis besar-besaran dilakukan di fakulti Sains Gunaan yang melibatkan kerjasama gabungan semua Presiden-presiden Persatuan Dalaman FSG dan penglibatan seluruh warga FSG. apa tujuannya? supaya satu persepsi yang positif dilemparkan kepada semua persatuan dalaman FSG bahawa mereka tidak lemah dan mempunyai kekuatan dalam memajukan dan membina karakter mahasiswa yang berdaya saing..

sudah semestinya, majlis rumah terbuka yang dianjurkan ini adalah satu platform yg terbaik untuk membuktikan perkara tersebut. Hakikatnya, karnival sains dan teknologi FSG yang dirancang untuk diadakan pada pertengahan September lalu merupakan landasan sebenar untuk menguji kebolehan semua persatuan dalaman FSG dalam merancang dan melaksanakan sesuatu program besar. Namun disebabkan wabak H1N1, program tersebut perlu dibatalkan bagi mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku.

apa yang pasti, saya menyimpulkan majlis yang dianjurkan telah berjaya merealisasikan hasrat yang saya nyatakan di atas...syabas semua persatuan dalaman FSG.
selain itu juga, saya mengharapakan majlis yg dianjurkan semalam berjaya mengeratkan hubungan silaturrahim dan memebri peluang untuk kita bermaafan-maafan di bulan yang mulia ini..

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

4 ulasan:

Anonymous said...

ouh,makan best!
congrats ainal and the others..!

amin rodi said...

congratzz...a lot of program fom MPP this sem..
well done to all of ur sekretariat:P

Mimioww@mimilo said...

Dear my cheerful adik...

Congratulations & Keep your spirit up to the maximum level of achievements.

May success be yours!

shafirulsaidin said...

thanks for all ur supports..
harap2 dpt turun dengan nama yang baik..
doakan saya bekerja dengan baik utk brp bulan sje lagi..

Post a Comment

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 cerita hati aku |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.