perancangan, kejayaan dan keberkesanan

alhamdulillah.. majlis rumah terbuka Fakulti Sains Gunaan (FSG) telah berjaya diadakan semalam, 14 Oktober 2009... lega rasanya bila majlis da selesai dan berjaya dilaksanakan sbab pada mulanya banyak rintangan yang melanda..

di kesempatan ini, sekalung tahniah dan syabas kepada semua warga kerja majlis rumah terbuka FSG kerana telah berusaha sehabis baik dalam memastikan kelancaran majlis tersebut..

pastinya ini satu kejayaan yang baik buat semua ahli jawatankuasa kerana buat julung2 kalinya melibatkan kerjasama daripada Gabungan Presiden Persatuan-persatuan Dalaman FSG bagi tahun 2009..

sudah semestinya inilah harapan besar yang saya tintakan dalam manifesto pilihanraya tangal 15 Januari 2009 iaitu saya mahukan satu majlis besar-besaran dilakukan di fakulti Sains Gunaan yang melibatkan kerjasama gabungan semua Presiden-presiden Persatuan Dalaman FSG dan penglibatan seluruh warga FSG. apa tujuannya? supaya satu persepsi yang positif dilemparkan kepada semua persatuan dalaman FSG bahawa mereka tidak lemah dan mempunyai kekuatan dalam memajukan dan membina karakter mahasiswa yang berdaya saing..

sudah semestinya, majlis rumah terbuka yang dianjurkan ini adalah satu platform yg terbaik untuk membuktikan perkara tersebut. Hakikatnya, karnival sains dan teknologi FSG yang dirancang untuk diadakan pada pertengahan September lalu merupakan landasan sebenar untuk menguji kebolehan semua persatuan dalaman FSG dalam merancang dan melaksanakan sesuatu program besar. Namun disebabkan wabak H1N1, program tersebut perlu dibatalkan bagi mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku.

apa yang pasti, saya menyimpulkan majlis yang dianjurkan telah berjaya merealisasikan hasrat yang saya nyatakan di atas...syabas semua persatuan dalaman FSG.
selain itu juga, saya mengharapakan majlis yg dianjurkan semalam berjaya mengeratkan hubungan silaturrahim dan memebri peluang untuk kita bermaafan-maafan di bulan yang mulia ini..

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

salam lebaran..


salam aidifitri kepada semua bloggers..
maaf zahir batin..

rasanya da lama x update blog

sampai raya pon da setengah bulan..haha
tp rasanya x salah mengucapkan selamat hari raya kepada semua..

semoga ibadah puasa yang telah dilakukan di bulan Ramdhan yang lalu mengajar kita supaya menjadi umat yang lebih berdisiplin dan teguh di bawah naunganNya.. dan moga2 hari lebaran kali ni membawa seribu rahmat kepada semua kita umat ISlam

Aidilfitri kali ni disambut serba sederhana..
jom lihat gambar raye..heheh

family..tp kaluarga along xde..raye umah mentua bliau..

mak n abah..sedondon..



budak ini..memang nak kene..!!





Ramadhan datang lagi..

Alhamdulillah...

Ramadhan al-Mubarak menjelma lagi..

Umat Islam di Malaysia akan mula melakukan ibadah puasa Sabtu ini,

1 Ramadhan 1430 (22 Ogos 2009)

semoga semuanya berjalan lancar...

tingkatkan amal ibadah dan juga mencari keredhaan Allah di bulan yang mulia ini...

Selamat Berpuasa!

UiTM remains open

1. the university remains open..refer to the UiTM website for more true as well as latest news

2. hopefully this information will guide us to the true of the story..do not believe to any rumours regarding to UiTM closing

3. just one good news, UiTM will be "closed" from 19th-27th September 2009 due to Hari Raya celebration! yeay..

4. anyhow, please complete the huge duty to Allah first-the ibadah puasa..

5. ok..enjoy study and working to all UiTM students and staffs!

H1N1

1. rasanya da lama saya tak update blog ni.gak bz kebelakangan ini.ditambah pulak dengan "cuti" yang doktor bagi..semua gara-gara wabak penyakit yang kini kian mengganas melanda negara dan dunia

2. saya diberi cuti seminggu untuk kuarantin di rumah..(balik kampung..yeah!) because of Influenze Like Illness (ILI)..thank God one of my lecturer left to US for the whole week during my medical leave..taklah tertinggal banyak lecture!

3. penularan wabak ini memang membahayakan..kita semua dinasihatkan menjaga kesihatan dan kebersihan diri..nak diikutkan banyak kempen telah dilakukan di peringkat nasional.

4. Di UiTM sendiri kempen2 telah, sedang dan akan dilakukan dalam memastikan setiap warganya peka dan faham akan bahaya wabak ini..ini adalah penting kerana setiap manusia berbeza tahap imunitinya..mungkin saya salah seorangnya =)..

5. oleh itu, semua pihak haruslah bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan persekitaran supaya wabak ini dapat dibendung..pemakaian mask bagi mereka yang mempunyai tanda2/simptom di peringkat awal adalah perlu bagi mengelakkan berjangkit kepada org lain..segeralah ke klinik jika terdapat simptom2 tersebut..

6. pihak UiTM khususnya komited dalam membendung wabak ini..kita tak mau ada lagi kematian di Malaysia dan salah seorangnya warga UiTM..nauzubillah! bayangkan sehingga jam post ini dikeluarkan, seramai 59 kematian dilaporkan disbabkan jangkitan wabak selsema babi ini..Allahuakbar..

7. nasihat pada diri saya dan semua warga UiTM khusunya serta keseluruhan rakyat Malaysia amnya, jagalah kebersihan diri, ambil langkah berwaspada dan peka terhadap sekeliling berkenaan wabak H1N1 ini. semoga kita semua berada dalam peliharaan Allah SWT

semester baru- akademik & masalah pelajar

semester baru da hampir seminggu...kalau diikutkan kuliah saya belum pun bermula lagi..ramai rakan sekelas yang belum pulang dari latihan praktikal..Alhamdulillah latihan praktikal saya di FRIM berjalan lancar..cuma report x siap lagi!!

bila ada kesempatan beginilah saya banyak menghabiskan masa dengan rakan2 di bilik gerakan Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMF)..tempat berhimpunnya rakan2 yang banyak mbantu kami di Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Sains Gunaan...

bukan sekadar lepak~ tapi menguruskan hal2 pelajar...aktiviti2 pelajar...x kurang jugak yg buat bermacam2 aduan..
baguslah..terima kasih kepada yang datang ke pejabat kami mengadu..aduan saudara saudari telahpun dipanjangkan ke pihak atasan..kami di Majlis Perwakilan Pelajar mengalu2kan cadangan, pendapat, dan komen saudara saudari untuk dibincangkan bersama supaya indakan dapat diambil.

Attention!!!

to all Applied Sciences students, here are the list of activities will be organized throughout this semester:

Confirmed
1- Sukan Antara Kos (Dean's Trophy) 18th July 2009
2- Sukan Antara Fakulti (SAF) 24th July to 9th August 2009
3- Carnival Science and Technology 2009 (CARSTECH 09) 12nd-13rd August 2009

Proposed
4- Pemberian Kismis, Kurma dan Air Kotak PERCUMA -Ramadhan
5- Majlis Berbuka Puasa Perdana FSG 14 Ramadhan 1431
6- Anugerah Dekan dan Sambutan Aidilfitri 2nd-3rd October 2009

i hope that all of u guys can give us support to all those activities we have planned...
Thank you!


semester baru bermula

selamat datang kepada pelajar baru
dan
selamat kembali kepada pelajar lama

SESI AKADEMIK 2009/2010

**semester baru saja bermula**
diharapkan semua pelajar berada dalam keadaan sihat dan bersemangat untuk memulakan pembelajaran sesi akademik kali ini**

segala masalah boleh berhubung terus kepada saya
017-5177048
ainal_shafirul@mppuitm0910.com atau
lania_dragonlania@yahoo.com

nak berkongsi masalah atau lontaran pendapat silalah ke
www.shafirulsaidin.blogspot.com

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 cerita hati aku |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.