heart+soul

arini 5 mac 2011..sabtu paling bosan tahun ni kot...hari2 minggu sblm ni penuh ngn aktiviti yg berguna..ye la..jd fasi utk bdk2 fakulti..bwk bdk2 g kursus ke..xpon blk umah along or angah..
tp ntah minggu ni ble sume aktiviti tu da xde cm bosan...
tinggal umah cuci baju..[bukan cuci sgt pon..sumbat mesin je]..nk g umah along angah pon cm malas..arrgghghghhhhh

adeh..sampai skrg kosong je rase..kuar teman housemate beli brg pon xde mood..sbb pe ntah..ntah..ak sndr x dpt nk tafsir perasaan sndr...
ni plak tggal sorg2...kosong nye idup...tingat mak abah plak...waaaaaa~~~~~ T.T
naseb fb teman hidup..pastu teringt blog ni..so luah kan kt sini..untung gak de blog...

tolong la hati aku...be calm..jgn gundah gulana~~
hurmmmm

azam baru [semangat je!]

ya Tuhan...sangat lama x update blog...kate bloggers [selalunye r]~ "bersawang"

sejak akak ofis kak mira semangat tny ak cmne nk wat blog, bru teringat yg ak sndr ade blog yg dimumiakan lama dlm peti ni..

so sekarang dgn keazaman yang ade..(harap2 kekal)..n kalau ada ruang waktu, nak la jgk update blog ni sehari sekali...kunun..
hehe

anyhow, tahniah kpd diriku yg brjaya tulis post pertama utk 2011!!!
nant cerita lain eh..bnyak nk update cni..

bukit fraser~ chapter 1

pengakhiran cuti mid sem (senang cite cuti Tahun Baru Cina) aritu..mantan Sekretariat MAhasiswa Fakulti (SMF) Sains Gunaan mganjurkan program Tautan Kasih FSG..(da mcm bunyi lawatn ke rumah ank2 yatim lak..)..buat di Fraser's Hill..BEST!! ok la..not bad.~

penginapan di banglo besar 10 bilik memg menakjubkan..semua SMF yang baru mahupun lama seronok berkampung di sana..wah~~ bukan main suka korag ye..!!

tujuan adakan program ni utk mengenali antara satu sama lain selain merapatkan hubungan antra SMF baru dan lama..selain itu, ia sebgai 1 peluang kpd SMF baru untuk menimba ilmu berkenaan pengurusan organisasi serta dalam menguruskan persatuan pelajar yg paling utama di fakulti SAins Gunaan ini..

pelbagai aktiviti dimuatkan;~ antaranya slot icebreaking, junggle trekking, modul simulasi program, modul khas (HEHEHE!!) dan sukan..


jalan2 sampai lenguh kaki!


bersama Uncle Durai~ trainer junggle trekking

bergambar sebelum balik~ sume nak pink pon...huh!


semua program berjalan lancar..Alhamdulillah..dan utk mengetahui lebih lanjut program ni.tunggu episod 2..

entry orang pencen...

Assalamualaikum..
dah lame x update blog ni..sejak pencen ni lah kali pertama wat writing... nak cite pe ye..BANYAK rasenye..ye la..da sebulan lebih x masuk berita terkini.. pilihanraya kampus utk MPP sesi 2010/2011 da selesai berlangsung..kabinet baru yg dibentuk telahpun memulakan tugas mereka..menyambung amanah yg diberi rakyat di fakulti..selamat menjalankan tugas dgn penuh dedikasi dan amanah..
da lama x balik umah..cuti mid sem aritu sempena tahun baru Cina beri peluang utk sy berbuat demikian..cuti aritu sepupu kawen...di bagan serai..and di kuala Perlis..tahniah Kak Nurull dan Abg Wira..selamat Pengantin Baru moga kekal hingga ke anak cucu..nak tengok gambar?

resepsi di Bagan Serai..merah beb!

bersama sepupu sepapat..hu~


resepsi di Ocean Glow, Kuala Perlis


sakan betol pengantin ni...

huhu..papepun semoga cepat dpt baby..tmbah koleksi anak sedara..!!!


singkapan 1 tahun yang lalu..

menyingkap kmbali sejarah..
pd tanggal 15 januari 2009, tahun lalu..lebih kurang jam 10.00mlm..saya diumumkan menang kerusi Pilihanraya Kampus (PRK) UiTM Shah Alam bg sesi 2009/2010..pd saat dan ketika itulah penantian yg penuh debaran seakan reda sedikit...masih sy ingat TNC HEPA Y.Bhg. Prof Dato Nasuddin yg mngumumkan kputusan trsebut dan lebih mengingatkan saya momen ini adalah sy adlah nama terkhir disbut sedangkan rakan2 sy yg telah berjaya berada di barisan hadapan setelah nama mereka diumukan..setelah nama sy disebut seraya tepukan yg sy kira begitu gemuruh kerana sylah calon terkhir yg menamatkan tanda tanya siapa barisan kabinet MPP yg baru pd ketika itu..dan pd ketika itulah penyokong2 saya, terutama penyokong, pencadang, ketua jentera saya..ada yg menitiskan air mata..~tp sy tetap tenang walaupun dalam hati hanya Tuhan yg tahu betapa sy rasa tanggungjawab yg bakal dipikul begitu besar sekali..tapi itu janji saya..dan itu hasrat sy yang mahu mgembangkan bakat kpimpinan dan terus belajar erti kepimpinan..masih sy ingat saat sy tiba di barisan hdpan untuk duduk bersama rakan yg turut sama berjaya malam itu, sy dipeluk dan dicium di kepala oleh rakan2 saya..thoha,abe yg juga rakan perjuangan saya di Fakulti Sains Gunaan..sangat2 terharu..memg saat ini x dpt sy lupa smpai akhir hayat..~

masih tidak boleh dibayangkan betapa gmbira apabila mak n abah, Hj Saidin dan Hjh Azizah diberitahu akan kmenangan ini..mereka paling brsyukur dan ucapan tahniah x putus2..merekalh yg menggalakkan saya dan memberi semangt buat sy meneruskan perjuangan belajar erti berkepimpinan..
rakan2 juga tidak putus2 memberi ucapan tahniah..masih saya simpan kiriman sms drpd mereka yg x ptutus mengucapkan tahniah..paling terharu atas sokongan jentera2 p/raya saya..sahabat baik saya Saudara Syamil Anwar Ibrahim, Kak Siti Sarah Ariffin, Saudari Nurfarhana JAsmi..semngt yg begitu kental mnyokong sya dr belakang.saya sgt2 ykin tanpa bantuan drpd kalian sudah tentu sy tidak akan berada hingga ke tahap ini..terima kasih sangat2 yg tidak terhingga..moga kalian dalam peliharaan Allah SWT..ameen~

dan bermula ketika itu, sy rasa bahu terasa begitu berat dengan tanggungjawab sebagai pemimpin dan wakil pelajar..ya..memng benar..bnyk agenda yg perlu diselesaikan dan dalam masa yg sama bnyak juga cabaran yg mennti di hadapan..mujur saya dipertemukan dengan Cik Asmiza Supar (Kak Mimi),Peg Eks Kanan yg sagt2 berkaliber..;)

menjaga kepentingan pelajar di fakulti yg sy kira begitu ramai pelajarnya, lbh kurang 5000 org memerlukan sokongn setiap org..sy sgt2 berterima kasih pd Sekretariat Mahasiswa Fakulti SMF Sains Gunaan yg telah banyk membntu dlm mnguruskan dan mengndalikan program2 pmbangunan pelajar..sy yakin dan percaya, tanpa bantuan dan sokongn mereka nescaya segala apa yg dirancangkan tidak mnjadi kenyataan..

alhamdulillah..apa yg saya hasratkan iaitu utk meningkatkan dan memperbanyakkan aktiviti2 melibatkan seluruh siswa/i FSG dapat ditunaikan..jika diimbas kembali hampir tiap2 bulan akan diadakan satu program besar yg dijalankan..namun, program2 mega bnyak dilakukan di penggal kedua sidang akademik tahun 2009..antaranya, sukan antara program, sukan antara fakulti, majlis berbuka puasa dan jamuan hari raya aidilfitri..

hal kebajikan pelajar terus diambil kira..ya..bnyak aduan diterima dan sudah tentu mndapat perhatian sy dan rakan2 yg lain..bnyak isu yg dapat diselesaikan dan tidak dinafikan bnyak juga yg tidak dpt diselesaikan..semua org perlu faham akan kekangan dan masalah yg dihadapi oleh bnyak pihak..bkn utk menidakkan hak dan kepentingan anda selaku siswa/i, tetapi atas sebab2 trtentu, kewangn, prosedur dan sebagainya..ya, mungkin ramai mengatakan alasan tetapi itulah hakikat sebenar yg kami lalui..berurusan dengan pihak2 tertentu memerlukan masa dan ketika serta menggunakan peluang dan ruang yg ada..jika saya punya wang dan harta yg melimpah ruah sudah tentu akan saya tingkatkan pmbangunan dari sudut fizikal di fakulti..naun semua mesti faham dan akur terdpt beberapa dasar univerisiti yg perlu dijadikan panduan..

namun ini tidak bermakna saya dan rakan perjuangan saya, Saudara Farid, hanya berdiam diri..perbincangan di peringkat fakulti, Dekan, Timbalan2 dekan, pengurusan UiTM tetap dilakukan..sekurang2nya suara anda kami bawa ke peringkat atasan dan sebagai wakil sudah mnjadi tanggungjawab utk kami mnjalankan tugas ini..

isu Tabung Amanah Pelajr (TAP) fakulti sbg contoh..kami di pihak perwakilan pelajar telah memohon supaya ad wakil di dlm mesyuarat bersama J/kuasa Khas di peringkat fakulti bg turut sama mmbincangkan penggunaan wang pelajar ke saluran yg betul..dan saya nyatakan di sini bagi setiap mesyuarat J/K Khas km dijmput untuk turut sama mendengar perbelanjaan yg dibntangkan dan penggunaan wang pelajar..saya tekankan di sini.,setiap wang yg digunakan utk kegunaan pelajar adalah dalam "trek" yg betul..ya..pasti ramai yg tertanya2 mengapa bajet yg dipohon kadg2 dikurangkan..memg kita mggunakan wang pelajar utk melakukan aktiviti2 pelajar dan siswa/i mesti ingat ada satu garis panduan perbelanjaan yg digunapakai yg harus dipatuhi..namun, km di perwakilan pelajar tetap dgn pendirian km agar seboleh2nya mndapatkan peruntukan yg sewajarnya utk setiap aktvt yg dijalankan dan semua mesti faham bukan shj aktiviti berbentuk kemahiran insaniah shj yg memerlukan peruntukan wang tersebut malah aktiviti pembntangan kertas kerja/penyelidikan di konvensyen mahupun seminar2 juga menggunakn tabung yg sama utk pelajr2 yg melakukan aktvt sedemikian..

justeru itu, semasa penggal kedua sidang akademik 2009 telah dijlankan program2 mega seperti contoh majlis berbuka Puasa dan Jamuan rumah terbuka Aidilfitri yg masing menelan belanja RM18,000.00 dan RM 41,300.00 dan sy kira jumlah yg besar utk semua siswa/i fsg..
pelajar2 cemerlang juga diraikan dalam suatu majlis yg gilang gmilang namun ingin dinyatakan di sini, bajet yg dikeluarkan utk pelajar2 cemerlang ini setimpal dengan hasil kejayaan mereka dlm bidang akadmik dan sy pasti inilah sbg satu cabaran utk mahasiswa yg lain terus berusaha mndpatkan keptusan peperiksaan yg baik jika mahu diraikan sedemikian rupa..
yg kurang berjaya juga diadakan kursus2 pemantapan akademik demi meningkatkan lagi motivasi mereka utk berjaya dalam pepriksaan akan dtg..
saya pasti program2 di fakulti Sains Gunaan adalah menyeluruh, bukan sahaja dlm bidang akademik malah juga dalam sudut Kemahiran Insaniah

ingin saya menulis di sini setinggi penghargaan kepada seluruh warga Fakulti Sains Gunaan terutamanya Y.Bhg. Prof Dr Saifollah Hj Abdullah, Dekan, yg selalu memberi buah fikiran yg bernas (i'm very proud of him..solute!), yg sentiasa sabar dan sudi mendengar luahan dan rungutan pelajar2..(selamat bersara drpd mnjd TD HEP)..,PM Hj Borhannuddin Ariffin, TD HEPAPM Dr Nurizzah, TD HEA, PM Dr. Zu Azhan, TD Pnyelidikan, Pengerusi2 Pusat, seluruh kakitangan akademik dan satf2 pentadbiran..jasa kalian tidak akan dilupakan..
tidak dilupakan Cik Asmiza Supar, Peg. Eks. Kanan yg sgt disayangi..beliaulah yg bnyk mmberi sokongan dan bantuan tidak kira dari sudut buah fikiran,semangat dan juga tenaga dalam memastikan kelancaran program2 melibatkan Hal Ehwal Pelajar di FSG..

di ruang rangkuman 2009 ini sy dengan penuh rasa terharu dan syukurnya mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua MT dan ahli2 kesemua 16 Persatuan2 Dalaman FSG yg banyak membantu dlm menjalankan aktvt pembangunan pelajar di peringkat persatuan..dan usaha ini perlu diteruskan demi melatih dan mencungkil bakat dalam bidang kepimpinan dan juga Kemahiran Insaniah(softskill) di peringkat akar umbi..proses sebegini perlu dalam usaha mewujudkan kelangsungan mahasiswa yg menepati 12 model graduan UiTM..

sangat2 tidak dilupakan barisan SAF kepimpinan Sekretariat Mahasiswa FSG yg tidak putus2 menyumbang tenaga dan idea dalam memastikan kelancaran setiap program yg dijalankan di FSG..moga Allah SWT meredai dan merahmati anda semua..saya doakan agar semua diberkati dan dirahmati AllahSWT dan mendpat kecemerlangan dlm hidup pada setiap detik yg mendatang..

cukup saja catatan singkapan diari saya sebagai Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2009/2010 bagi Fakulti Sains Gunaan khususnya..saya dengan rasa rendah diri ingin memohon jutaan ampun dan maaf, andai ada terkasar bahasa, tersalah tutur kata, terkurang adab sopan dengan semua pihak..halalkn makan minum saya dan mohon didoakn kejyaaan say di dunia dan akhirat..

final semester examination begins...

selamat menduduki peperiksaan akhir semester kepada semua kawan2 di UiTM khususnya dan IPTA yang lain amnya...
semoga usaha yg telah dilakukan mendapat berkat daripada Allah SWT dan boleh menjawab exam dengan hati yang tenang...

ALL tHe BeST!!!

konvokesyen UiTM kali ke-71

Konvokesyen UiTM kali ke-71 membuka tirainya pada 15 Oktober 2009 yang lalu..
SPB YDP Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin selaku Canselor UiTM berkenan berangkat menyempurnakan istiadat pembukaan konvokesyen pada kali ini..

saya rasa bertuah kerana suasana konvo dpt dirasai kerana fakulti saya berdekatan dengan Dewan Sri Budiman dan dataran Menara SAAS yang menjadi tumpuan para graduan dan ibubapa yg mnghadiri istiadat konvokesyen. sepanjang tiga tahun sy berada di UiTM, inilah kali pertama istiadat konvo UiTM diadakan pada masa semua mahasiswa masih berada dalam semester, iaitu dalam waktu sesi pembelajaran. jika konvo sebelumnya diadakan pada cuti semester, konvo pada kali ini memberi peluang kepada mahasiswa yg ada utk melihat sndiri betapa seronoknya graduan yg menerima skrol diploma, sarjana muda, sarjana mahupun kedoktoran. betapa gembiranya semua ahli keluarga yg hadir melihat kejayaan yg dicapai oleh graduan tersebut. ada jgk ibubapa yg menitiskan airmata melihat kejayaan anak masing2.
melalui gmbaran ini, dpt sy simpulkan betapa seakan2 pengorbanan yg di curahkan selama ini berbaloi dengan segenggam pengiktirafan yg digenggam ...

hari konvo tidak pernah putus dengan suasana family yg hadir yg terdiri drpd atuk, nenek, pakcik, makcik, kakak, abg, kakak ipar, abg ipar..mcm2 lagi..dan kalau boleh sebolehnya nak bawa semua org utk menunjukkan betapa bertuahnya mereka pada hari itu...namun, kita mesti faham, kita tidak boleh menyekat perasaan gembira mereka ini..biarlah..

dalam pada itu, saya juga berasa tak sabar utk bawa mak abah saya menyaksikan konvokeysen saya nanti..insyaAllah.. kalau tiada aral, konvokesyen kali ke-73 bakal menyaksikan saya menaiki pentas utk menerima skrol ijazah sarjana muda..insyaAllah..doakan saya! dan konvokesyen ke -72 (sesi sebelumnya) pula akan menyaksikan abg saya akan menerima skroll sarjana muda juga.. nampaknya, di dua majlis konvokesyen UiTM akan datang mak abah akan datang utk lihat kami berdua naik pentas..insyaAllah..

kesimpulannya, saya berasa bersemangat bila lihat senior2 bergraduasi.. seakan2 membakar semngat saya utk berusaha dengan lebih gigih lagi utk beroleh kejyaan.. dan saya pon berharap rakan2 yg lain dpt mngmbil iktibar drpd peristiwa ini memandangkan peperiksaan akhir semester akan tiba minggu hadapan..semoga dengan hikmah majlis konvo kali ini diadakan dapat menjadi pendorong kepada kita utk berusaha lebih gigih menuju ke destinasi puncak kejayaan..

TAHNIAH dan syabas semua para graduan...

p/s: tak lupa juga Tahniah buat Kak Mimi (Cik Asmiza Supar) our beloved executive officer (HEP) yg berjaya menggenggam segulung masters di hari pertama sidang konvokesyen 15 Oktober yg lalu..tahniah juga kpd ex-roomate ku, Nik Muammar Bahari, yg menerima Anugerah Pelajaran Tuanku Canselor, satu pengiktirafan tertinggi konvokesyen UiTM. tahniah buat beliau..(bile la nak blanja ak ye nik??!!)..and finally, buat semua seniors yg grad, tahniah juga diucapkan..!!

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 cerita hati aku |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.